Salam sejahtera dan selamat datang ke blog saya.

Apa khabar kawan-kawan semua. Diharap semuanya berada di dalam keadaan sihat, insyaAllah. Sebelum kita meneruskan perbincangan, izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Nurulwahida M. Othman. Saya merupakan seorang Eksekutif IT yang kini bekerja di salah sebuah syarikat minyak global, dan kini sedang menetap di Miri, Sarawak. Saya di sini ingin berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman tentang pengurusan wang yang saya dapati dari pembacaan, diskusi dan apa yang amalkan. Saya bukanlah pakar, tetapi sekurang-kurangnya kita dapat berdiskusi di sini tentang cara yang lebih baik untuk membina kesenangan melalui wang. Saya sangat berharap agar kawan-kawan semua sudi berbincang di sini dengan hati ikhlas dan terbuka.

 Bagi saya, wang bukanlah segala-galanya, tapi ia adalah perkakasan yang diperlukan untuk hidup lebih tenang dan senang.

Motivasi saya menulis datangnya dari melihat seorang kawan yang sentiasa dibebani hutang, dan betapa kasihannya saya melihat dia menjalani kehidupannya. Seringkali dia berkata dia tiada wang, tapi melihatkan caranya berbelanja, saya faham mengapa. Telah puas saya menasihatinya, tetapi masih belum ada perubahan yang terlihat.

Diharap apabila kawan saya itu membaca blog ini, dia tahu apa yang harus dia lakukan, dan dalam masa yang sama, kawan-kawan yang lain juga mendapat manfaat dari apa yang dituliskan. InsyaAllah.

 Salam sayang,

Nurulwahida M. Othman

One Response to “Nurulwahida”


  1. [...] Nurulwahida ← Hello world! [...]


Komentar ditutup.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.